BLOG

Kandungan Komik Yang Bagus Mampu Bertahan di Pasaran

Apabila ditanya mengenai masa depan pasaran komik di Malaysia untuk tahun 2017, Ben memberitahu, kandungan komik yang bagus mampu bertahan di pasaran.

Saya percaya kepada komik yang mempunyai konten kandungan yang bagus. Komik-komik sebegini akan dibeli dan dibaca oleh peminat komik. Ibu bapa juga tidak akan melarang anak-anak mereka dari membaca komik sebegini, malah akan menggalakkan lagi anak-anak mereka membaca komik seperti yang sudah dihasilkan oleh komik-M.

Tambah beliau lagi, orang sudah mula berubah pandangan terhadap komik. Melalui terbitan komik-komik melalui Komik-M, orang ramai sudah mula memberikan reaksi yang positif kerana adanya komik yang kreatif dalam masa yang sama mempunyai nilai-nilai moral dan berpendidikan.

Ben memberikan pandangan beliau mengenai pasaran komik ini di acara Meet & Greet bersama beliau, Nazry Salam dan Afiq Salam yang diadakan di Kedai Buku BORDERS, IOI City Mall, Putrajaya pada 10 Disember yang lalu.

ben

Ben, nama besar yang tidak asing lagi dalam arena komik tempatan. Beliau mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi artis komik pertama di dunia yang dua kali dinobatkan sebagai pemenang silver award dalam International Manga Award anjuran Japan Foundation.

Kali pertama Ben memenanginya adalah pada tahun 2007. Kemudian, pada 2015, sekali lagi karya beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi siri komik Atan terbitan Komik-M.

komik ben

Sehingga kini, Ben masih aktif berkarya di persada komik tanah air. Antara karya beliau bersama Komik-M adalah SS10 Super Safee 10, Atan, Reda dan beberapa komik pendek antologi terbitan Komik-M.

Komik-M sudah mula memenuhi permintaan pasaran di seluruh Malaysia. Komik-M sudah boleh dibeli di rangkaian Kedai Buku BORDERS.